Sale!

Hipotesis Lunar

RM27.00 RM6.00

Penulis: Lokman Hakim

Genre: Fiksyen Sains, Fantasi, Thriller

Out of stock

Description

Satu kemusnahan mega akan berlaku pada 25hb Disember 3457. Namun tiada sesiapapun tahu apakah punca dan bagaimana kemusnahan mega itu berlaku.

Luna Scarlet ditugaskan untuk mencari jawapannya . Semasa dalam kajian itu, dia berdepan dengan ancaman pembunuhan di kota bulan lalu dibawa lari ke bumi.

Semasa berada di bumi, perlahan-lahan identitinya terdedah. Sejarah silamnya, membawanya jauh ke episod penyeludupan manusia.

Sementara itu juga, ibunya, Isabel, cuba mendapatkan kepercayaan komuniti KIAMAT di bumi.

Dalam imbasan sejarah silam itu, dia dipertemukan dengan seorang wanita ketika itu, yang mengemudi makmal yang menghasilkan chimera seperti Toritu, sejenis raksasa humanoidal yang ganas. Wanitu itu kini merupakan ibunya, Isabel.

Mereka masing-masing terlibat dalam penggempuran ke atas sindiket-sindiket penyeludupan manusia dengan bantuan chimera, Toritu. Mereka ditidurkan selama 500 tahun kemudiannya untuk menentang penyeludupan manusia selaku pertukaran dengan teknologi makhluk asing.

Peperangan itu membawa kepada keruntuhan sifat kemanusiaan mereka lantas digubah memori mereka agar trauma itu lenyap.