Sale!

Konspirasi Maharaja – Keangkuhan yang terlaknat

RM24.00 RM12.00

Penulis : Web Sutera

ISBN : 978-967-0990-13-2

Muka surat : 348

Genre : Thriller, Islamik, Konspirasi akhir zaman

37 in stock

SKU: 9789670990132 Categories: , , ,

Description

Fallen angels, kata orang Barat dan ianya tercatat dalam banyak bahagian Lod Testament, New Testament dan Talmud. Kisahnya amat panjang, sebermula dari hasad dengki dan keangkuhan Azazil yang tersumpah laknat oleh Allah Azza wa Jalla di alam kayangan. Lalu ia membuar dendam berdarah sekian lama.
Sekumpulan fallen angels mahu merobek dan meratah nurani serta keberadaan bangsa manusia dan jin di alam raya, khususnya planet Bumi. Justeru pelan dalam Ultimate Prophecy digiatkan bagi matlamat Armagedon. Namun dalam masa yang sama, pelan dan onar dari alam kegelapan itu disedari oelh sekumpulan jin Islam dan manusia yang mencari kebenaran kejadian makhluk.
Kata Rasul, peperangan itu tipu daya. Maka berasas kepada sabda Rasul itu, makhluk beriman pada Yang Maha Esa berkerjasama untuk kebaikan dan keseimbangan jagat raya. The Great War, The Final Battle, pertempuran besar dan penguasaan banyak wilayah muka bumi menjadi matlamat gerombolan fallen angels.
Geng fallen angels yang diketuai oleh Lucifer dan Eye One mengatur strategi. Walhal makhluk baik turut mengatur strategi balas. Siapa yang akan mengunggulinya?