Oktaf Dari Nihon

RM25.00

Penulis: Ummi Umairah

ISBN:

Genre: Novel remaja, Romantis

Category:

Description

Mengisahkan watak utama iaitu Nur Ain yang telah kehilangan abang tersayang dan juga kedua-dua ibu bapanya. Dia mempunyai seorang sepupu bernama Hanif yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. Semasa di tingkatan empat, Nur Ain berpindah di sekolah tersebut. Ketika itu dia bertemu dengan sepupunya Hanif dan Hanif pula merupakan presiden Majlis Tertinggi Pelajar.

Konflik berlaku antara Nur Ain dan Alif. Alif ialah pelajar nakal yang berdendam dengan Hanif kerana Hanif telah banyak kali menggagalkan kegiatan membulinya di sekolah. Mendengar tentang sepupu Hanif ada di sekolah tersebut, Alif telah membuli Nur Ain dengan memandikan Nur Ain dengan air longkang dan tepung demi membalas dendamnya terhadap Hanif.

Disebabkan itu, Nur Ain telah mencuri masuk ke asrama untuk membersihkan dirinya dengan cara memanjat pagar.Malangnya, Nur Ain tertangkap dan dihadapkan di hadapan para pelajar sekolah dan Majlis Tertinggi Pelajar.

Banyak kejadian yang berlaku membabitkan Nur Ain tetapi Hanif cuba untuk mempertahankan sepupunya itu.
Satu hari, Nur Ain terdengar seseorang bermain piano di markas usang di padang. Dia curi masuk ke dalam markas tersebut dan dia terkejut kerana menemui Alif di dalam markas tersebut. Berlaku perkelahian antara mereka berdua. Nur Ain telah bertindak merosakkan gitar kesayangan Alif sementara Alif pula membalas dengan merosakkan MP3 kesayangan Nur Ain. Di dalam MP3 itu ada lagu yang digubah oleh allahyarham abangnya dalam bahasa Jepun. Sebagai jalan berdamai, Nur Ain telah menyertai band yang diketuai oleh Alif dengan syarat Alif mengajarnya bermain piano demi mengembalikan semula irama lagu ciptaan allahyarham abangnya.
Band tersebut disertai juga oleh pengikut Alif iaitu Atan dan Daniel. Disebabkan rasa bersalah merosakkan gitar kesayangan Alif, Nur Ain telah menggantikan gitar Alif dengan gitar kesayangan abangnya. Dia meminta pertolongan rakannya Wani untuk menyerahkan gitar itu kepada Alif. Secara tidak sengaja, Wani telah ditarik untuk menyertai band tersebut sebagai pemain drum. Band yang ditubuhkan itu diberi nama As-Siddiq.

Sebenarnya antara Alif dan arwah abang Nur Ain merupakan sahabat dan abang Nur Ain merupakan bekas anggota band sekolah yang telah dinafikan hak mereka oleh pengetua. Disebabkan itulah Alif menjadi nakal kerana dia tidak puas hati dengan tindakan pengetua yang menghalang mereka meneruskan perjuangan dalam bidang muzik di sekolah.

Sejak hari itu, hubungan Alif dan Nur Ain menjadi akrab sehingga Hanif jarang dapat berjumpa dengan Nur Ain kerana Nur Ain sibuk berlatih di markas pada setiap petang. Sejak Nur Ain menyertai band itu, ahli band tidak lagi melengah-lengahkan sembahnyang. Nur Ain mula belajar bermain piano seperti yang diajar oleh arwah abangnya. Lagu yang dimainkan pula ialah lagu Jepun. Nur Ain telah memasuki kelas Jepun secara sembunyi-sembunyi kerana mahu mempelajari bahasa Jepun, Sudahnya, Alif yang mengajarnya bahasa Jepun demi mengetahui lirik lagu Jepun yang akan dipersembahkan dalam pertandingan.

Persahabatan antara Alif dan Nur Ain diganggu oleh konflik antara Alif dengan abangnya yang merupakan gangster di bandar. Abangnya berhasrat untuk membunuh Nur Ain kerana berdendam dengan keluarga Nur Ain yang meminjam wang sebanyak 1 juta.