Sale!

Yang Arif Yang Wangi 2

RM30.00 RM29.00

Penulis: Fizziany

Out of stock

Categories: ,

Description

Ali cintakan Jasmin. Wardah mencintai Arif Farhan. Namun, Arif Farhan dan Jasmin saling mencintai antara satu sama lain dalam diam.

Menyedari cintanya ditolak oleh Arif Farhan, Wardah membawa diri ke Amsterdam. Ali yang pasrah kerana sedar akan kekurangan dirinya berbanding Arif Farhan, merelakan Jasmin bersama Arif. Bimbang Jasmin direbut orang, dan demi cintanya yang kuat, Arif menyunting Jasmin sebagai suri hidupnya melalui Datin Zaharah.

Meski ragu-ragu pada mulanya, Jasmin menerima lamaran Arif. Maka berkahwinlah Arif dan Jasmin. Bahagia mula mengetuk jiwa. Hidup mula berlangitkan pelangi. Bahtera perkahwinan dilayari dengan indah oleh Arif dan Jasmin.

Tapi, dalam kehidupan, tak siapa boleh meneka hari esok. Terkadang, ujian hadir secara tiba-tiba sehingga kita terpinga-pinga. Belum sempat merasai manisnya perkahwinan, bencana menyapa.

Dalam satu nahas udara, Arif Farhan hilang! Puas dicari, namun Arif gagal ditemui. Barangkali disorok jin hutan…

Meski puas berusaha, rupa-rupanya Ali masih gagal melupakan cintanya terhadap Jasmin. Semakin dia cuba lari sejauh mungkin, semakin kuat perasaannya terhadap Jasmin.

Ketika jiwa derita dan kusut dengan kehilangan Arif, Jasmin difitnah menjalin semula hubungan cintanya dengan Ali.

Datuk Muhaiyeen dan Datin Zaharah buntu.

Dalam situasi sukar itu, Wardah kembali, menyusun cerita satu demi satu.

Apa terjadi seterusnya?
ANDA WAJIB DAPATKAN NASKHAH INI UNTUK KETAHUI CERITA SEBENAR!