The World Needs Your Book 19/11/2017 – Posted in: Blog, Inspiration

Dunia memerlukan buku anda. Ya, dunia sangat memerlukan buku yang anda tulis.

Tulislah dan hasilkan buku tidak kira apa genre yang anda hasilkan. Kerana setiap orang memerlukan buku anda.

Bayangkan dunia tanpa sebarang bahan bacaan. Ia pasti bosan. Bayangkan juga, dunia tanpa teknologi digital seperti yang kita ada sekarang ini. Maka, dunia memerlukan buku untuk dibaca.

Jangan pernah berhenti mengarang dan menghasilkan buku walau pada masa ini tidak ada seorang pun yang mahu baca. Lima tahun atau sepuluh tahun akan datang, pasti ada orang yang akan mencari buku-buku anda. Jadi, tulislah buku dan tinggalkan pesan sebaik-baiknya untuk generasi mendatang.

Jom tonton video ini untuk inspirasi anda.

« Terbit Sendiri vs Terbit Dengan Publisher
Novel SHE – Antara realiti dan fantasi »