Genre Fiksyen Sains Tidak Mendapat Perhatian Pembaca di Malaysia? 21/11/2017 – Posted in: Blog, Thoughts – Tags: , ,

Genre Fiksyen Sains bukan pilihan pembaca kita?

Saya selalu terbaca keluhan (atau luahan) seorang penulis fiksyen sains bernama Lokman Hakim mengenai buku dalam genre begini tidak mendapat tempat dalam hati pembaca.

Karya fiksyen sains ini bukanlah baru dalam industri perbukuan. Ia telah wujud berpuluh-puluh tahun lalu. Kita sendiri pernah membacanya ketika di perpustakaan sekolah (kecuali jika anda tidak suka dengan perpustakaan).

Ini adalah pendapat saya mengenai hal fiksyen sains yang tidak mendapat perhatian para pembaca di Malaysia.

– Rata-rata pembaca beranggapan fiksyen sains terdapat cerita mengenai angkasa lepas, bulan, robot, makhluk asing, perjalanan merentas masa ke planet di angkasa dan lain-lain.

– Berasakan karya fiksyen sains akan sarat dengan istilah sains sehingga memberatkan bacaan.

– Mengatakan fiksyen sains hanya untuk bacaan kanak-kanak. Tetapi novel dan filem Interstellar dapat perhatian dewasa, bukan kanak-kanak.

– Hanya memilih penerbit tertentu.

– Berasakan yang karya fiksyen sains adalah mengarut.

Anda boleh tambah lagi list dibawah.

Sebelum saya lupa, saya juga mahu perkenalkan seorang lagi penulis, Hasif Rayyan. Beliau penulis sains fiksyen yang lebih cenderung kepada fiksyen sains seperti anime Jepun.

Follow saya di FB
http://fb.com/shahothman

Antara novel saya di pasaran
SHE
LARI
LARI versi ebook di https://play.google.com/store/books/details?id=wko_DwAAQBAJ

Laman jualan buku online
Www.bukuso.com

Jom tonton video mengenai isu ini…

Terbit Sendiri vs Terbit Dengan Publisher »