Bisa – Pertarungan melawan ajal ,

Pada tahun 2025, Malaysia dilanda pelbagai masalah. Penyakit ‘radang matahari’ berbahaya menular dengan pantas akibat daripada perubahan cuaca yang mendadak. Di seluruh dunia, ramai yang mati akibat daripada penyakit ini. Oleh itu, atas dasar utama untuk menjadi negara pertama mencipta vaksin penyakit ini, Dato’ Seri Aman Razali telah menubuhkan sebuah bandar yang dikenali sebagai Medjay ataupun Medical Jaya. Bandar ini merupakan bandar khas untuk segala fasiliti dan ubat baru dicipta.

Musim monsun kembali lagi. Dua orang pelajar universiti, Urmila dan Johan dipelawa untuk melawat bangunan dan juga ular-ular yang bakal meningkatkan kualiti vaksin ‘radang matahari’.

Rahman, seorang mekanik masuk ke dalam kawasan Medjay untuk membaiki kerosakan di tingkat tiga makmal Mobicorp.

Dr. Citra pula memulakan harinya hari ini dengan mengkaji ular yang pertama setelah membawa Urmila dan Johan berjalan melihat projek mereka.

Kejadian yang tidak diingini berlaku apabila ular di dalam makmal dilepaskan oleh seseorang atas arahan John Frankein. Akibatnya, salah seorang pekerja telah mengaktifkan sistem keselamatan bandar. Kini, bandar tiada jalan keluar apabila semua pintu ditutup secara automatik.

RM25.00 RM20.00

Penulis : Khairul Zaman Khobin

ISBN : 978-967-0990-08-8

Muka Surat : 380

Genre : Sci-fi, thriller,

Terbitan : S O Publishing PLT

Reviews

Be the first to review “Bisa – Pertarungan melawan ajal”