Sale!

Hati Ini Milikmu

RM23.00 RM20.00

Persahabatan Hakim dan Anzalna sejak dari
sekolah rendah telah membibitkan perasaan kasih antara mereka ketika menginjak dewasa. Perbezaan darjat dan keturunan menyebabkan perhubungan ini tidak direstui oleh Datuk Fahmi iaitu ayah
Anzalna. Lantas beliau
membuat keputusan untuk mengahwinkan
puterinya itu bersama Zen, anak tunggal kepada Datuk Wahyu yang merupakan pemilik kepada
syarikat Mantap Holdings.

Malangnya, hasrat Datuk Fahmi itu tidak
kesampaian apabila mengetahui bahawa
dirinya cuba dibunuh oleh Datuk Wahyu
sendiri.

Kehadiran Evelyn yang tiba-tiba cuba menggoda Hakim, menguji kesetiaan dan kepercayaan
Anzalna. Tanpa mereka sedari, Azmi yang juga
merupakan sahabat baik Hakim dan Anzalna, secara senyap mempunyai sejarah hitam dengan Datuk Fahmi dan turut memendam rasa terhadap Anzalna.

Mampukah Hakim dan Anzalna
mempertahankan cinta mereka setelah satu demi satu peristiwa mencabar cinta mereka
terbongkar?

SKU: 9789670990125 Categories: , Tags: , ,

Description

Penulis : Syafie Mahyani

ISBN : 978-967-0990-12-5

Genre : Cinta dan perhubungan

Terbitan : S O Publishing PLT