Hello – It’s me ,

Apa yang anda sanggup lakukan jika 'nyawa' anda berada di tangan orang lain?

Telefon adalah nyawanya. Segala rahsia, gambar, idea, manuskrip, nota, diari, password… Akaun media sosial, segalanya tersimpan di dalam telefon pintar itu.

Tiya dan Duta tertukar telefon. Dalam sebesar dan seluas dunia, bagaimana dia dan Duta boleh tertukar telefon? Lebih tak masuk akal apabila telefon mereka adalah daripada jenis, warna, casing wallpaper dan password yang SAMA! Mustahil? Tetapi itulah yang terjadi pada Tiya.

Mulai detik itu kehidupan Tiya yang aman damai mula huru-hara. Dia bukan saja terperanagkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta tetapi dia juga terperangkap dalam masalah lain yang lebih besar. Yang menyebabkan kehidupan Tiya berubah 360 darjah. Yang menyebabkan dia terpaksa melawan diri sendiri.

“Hello… It's me.”

Ada rahsia yang disembunyikan.
Ada jiwa yang akan terseksa.
Ada hati yang akan terluka.

Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya?

RM28.00

1 in stock

Penulis : Anna Lee

ISBN : 978-967-13211-3-3

Muka surat : 319

Genre : Cinta, perhubungan, thriller

Terbitan : Prolog Media