Hijab Ghaib ,

Tentang Haji Samad Bin Haji Yusoff bersama isterinya Cik Long Peah binti Long Putih Jalil. Mempunyai seorang anak angkat yang agak lurus orangnya dan keanak-anakan walaupun sudah berusia remaja bernama Sallehuddin tetapi dipanggil Buyong.

Kebolehan Haji Samad dalam perubatan tradisional dan juga mendalami ilmu ghaib dari arwah bapanya, membuatkan beliau sering sahaja diuji. Manakala Cik Long Peah isterinya Haji Samad juga mempunyai sedikit ilmu mistik dan persilatan, membuatkan wataknya agak kasar, tetapi masih punya kelembutan, manja dan penyayang.
Kejadian demi kejadian terjadi membuatkan mereka semakin kuat dalam memperkuatkan lagi ilmu yang dimiliki. Dan membuatkan Buyong anak angkat mereka akhirnya mampu melihat alam ghaib dan berkawan dengan salah seorang dari dunia di sana.

Kisah ini diinspirasikan daripada kisah benar yang diceritakan oleh orang yang mengalaminya sendiri dan juga anak-anak beliau. Kisah turun temurun ini diubah beberapa nama, latar tempat yang tidak jelas untuk menjaga sensitiviti keliling.

RM23.00 RM20.00

Penulis : Ayu Balqis

ISBN : 978-967-0990-16-3

Muka surat : 320

Genre : Seram, kekeluargaan

Terbitan : S O Publishing PLT

Weight 0.3 kg
Dimensions 18.6 x 12 x 2.1 cm