Jeriji Besi – Biarkan aku sengsara di sini , ,

Zakri seorang graduan muda yang baru bertugas di Majlis Daerah Kuang Selatan dengan menyandang jawatan penting di sana. Dia mengalami kejutan budaya yang parah. Sentiasa berasakan dirinya sahaja yang betul. Sering mahukan sanjungan daripada kalangan kakitangan dan masyarakat setempat.

Setelah sedar akan dosa-dosanya, jiwanya mula bergelora hingga membuatkan beliau mengambil keputusan menghukum dirinya sendiri. Keputusan itu diteguhkan lagi selepas dia terlibat dengan kemalangan jalanraya yang hampir merenggut nyawanya.

Akhirnya dia bertindak menyertai Jabatan Penjara untuk berguru dengan kesengsaraan yang ada di dalamnya supaya boleh memberikan keinsafan kepada dirinya. Pelbagai pengalaman perit dan getir sepanjang berada bersama-sama banduan dan kakitangan penjara banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan yang hakiki.

RM25.00

20 in stock

Penulis : Zakir Husin

ISBN : 978-967-1538-00-5

Muka surat : 235

Genre : Thriller, kekeluargaan

Terbitan : Mohammed Zakir Husin bin Mohammed Zahid

Weight 0.6 kg