Konspirasi Maharaja – Keangkuhan yang terlaknat , ,

Fallen angels, kata orang Barat dan ianya tercatat dalam banyak bahagian Old Testament, New
Testament dan Talmud. Kisahnya amat panjang,
sebermula dari hasad dengki dan keangkuhan Azazil yang tersumpah laknat oleh Allah Azza
wa Jalla di alam kayangan. Lalu ia membuar dendam berdarah sekian lama.

Sekumpulan fallen angels mahu merobek dan meratah nurani serta keberadaan bangsa manusia dan jin di alam raya, khususnya planet Bumi. Justeru pelan dalam Ultimate Prophecy digiatkan bagi matlamat
Armagedon. Namun dalam masa yang sama, pelan dan onar dari alam kegelapan itu disedari oleh sekumpulan jin Islam dan manusia yang mencari kebenaran
kejadian makhluk.

Kata Rasul, peperangan itu tipu daya. Maka berasas kepada sabda Rasul itu, makhluk beriman pada Yang Maha Esa berkerjasama untuk kebaikan dan
keseimbangan jagat raya. The Great War, The Final Battle, pertempuran besar dan penguasaan banyak wilayah muka bumi menjadi matlamat gerembolan fallen angels.

Geng fallen angels yang diketuai oleh
Lucifer dan Eye One mengatur strategi. Walhal makhluk baik turut mengatur strategi balas. Siapa yang akan
mengunggulinya?

RM24.00 RM21.00

Penulis : Web Sutera

ISBN : 978-967-0990-13-2

Muka surat : 384

Genre : Fantasi, teori konspirasi, thriller

Terbitan : S O Publishing PLT