Magisial – Permainan ilusi mengelirukan mereka yang melihat , , ,

Cinta yang membawa kepada konflik adalah perkara biasa. Tetapi, konflik yang membawa kepada cinta adalah perkara yang… luar biasa!

Menjadi penulis di zaman dunia tanpa sempadan ini bukannya perkara yang menyeronokkan bagi Jen Ali.

Kejayaan novel Suamiku Bukan Anak Dato, SUamiku Anak Tan Sri diangkat menjadi drama adaptasi telah membuatkan dia menjadi mangsa kecaman ‘hakim-hakim’ media sosial.

Sudahlah dikecam, diugut bunuh pula. Tidak cukup dengan itu, ada demonstrasi membakar novelnya di hadapan SOGO.

Kehidupan tenang Jen diragut. Sejak daripada itu, dia mula mengasingkan diri daripada dunia media sosial. Semakin dia selesa dengan dunia sepinya, muncul Danee, doktor kacak bermata coklat yang menjadi jiran barunya. hati mula terusik. Putaran hidup yang selama ini tenang, mulai berubah. Perkenalan dengan Danee tanpa disangka menjerumuskan Jen dalam kancah pembunuhan bersiri yang menggegar negara.

“Masyarakat kita sedang sakit. Sakit jiwa.”

RM24.00

3 in stock

Penulis : Jun

ISBN : 978-967-13211-5-7

Muka surat : 337

Genre : Cinta, perhubungan, thriller

Terbitan : Prolog Media