Nadi – Jika harus memilih , , ,

“Apa yang kau akan buat jika suatu hari sewaktu kau sedar daripada tidur, segala yang normal selama ini bertukar menjadi sesuatu yang… luar biasa?”

Rutin hidup Jasmin tak ada bezanya dengan majoriti warga Kuala Lumpur yang lain. Bangun pagi-pergi kerjaa-balik kerja dan ulang benda yang sama selagi Tuhan izinkan bernyawa. Namun, tanpa disangka perkenalan dia dengan seseorang telah mengubah rutinnya 180 darjah! Hidup dia yang biasa-biasa, tiba-tiba jadi luar biasa dan Jasmin suka!

Namun keseronokan itu tanpa sedar membawa dia ke dalam sebuah konflik yang melibatkan hidup dan matinya satu nyawa. Dan untuk kekal hidup, Jasmin harus memilih…

Nyawa dia… atau lelaki yang disayanginya!

RM25.00

2 in stock

Penulis : Pasha

ISBN : 978-967-13211-7-1

Muka surat : 288

Genre : Cinta, perhubungan, fantasi, sci-fi

Terbitan : Prolog Media