Nalar – Biar dia rasa harga sebuah dosa ,

Fella, diimplan cip berkomputer ke dalam otaknya.
Sekaligus menjadikan dia genius yang melampaui batas
kebolehan manusia.

Dia yang dilarikan oleh Dr. Imanina jauh ke dalam hutan, terselamat daripada turut menjadi mangsa dalam satu
insiden yang meragut nyawa Prof. Farhan dan Prof Amelia, ibu bapa Fella. Cip yang dicipta khas bagi tujuan
ketenteraan itu menjadi buruan Ghaffar, penjenayah
antarabangsa yang tidak pernah berhenti daripada terus menjejaki cip itu walau dengan apa cara sekalipun.

Bagi mengaburi mata musuh, Imanina membesarkan Fella sebagai lelaki. Nama Nur Fella ditukar menjadi Mohd
Feldrick. Imanina yang gusar melihat perkembangan
intelek Fella mula menjalankan kajian. Dia mahu
mengeluarkan cip tersebut dari otak Fella. Namun, hasil kajian mendapati cip itu akan meletup sekiranya
dikeluarkan. Fella yang mendapat tahu dia akan diserahkan kepada pihak tentera melarikan diri jauh ke dalam hutan dan menyahaktifkan sistem keselamatan rumah mereka tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa.

Tapi penjahat tu masih ada dua orang.
Mereka akan nampak kita – Fella

Memang papa nak mereka nampak kita – Imanina

Bagi Fel pistol tu papa. Fel boleh tembak mereka tanpa buka lampu. Fel boleh tahu kedudukan mereka – Fella

Tidak, sayang. Tangan kamu bukan untuk dikotori dengan darah. Papa ajar kamu menembak bukan untuk membunuh. Kamu tak boleh jadi pembunuh. Buka lampu dan pergi
sejauh-jauhnya – Imanina

RM23.00 RM20.00

Penulis : Sharina Elisa

ISBN : 978-967-0990-11-8

Genre : Thriller

Terbitan : S O Publishing PLT