Posted on

Terbit Sendiri vs Terbit Dengan Publisher

Menerbitkan buku sendiri adalah perkara yang jarang difikirkan oleh penulis. Tetapi, dengan keadaan sekarang yang ada banyak platform untuk mendekatkan penulis dengan pembaca, menerbitkan sendiri buku adalah menjadi pilihan pada masa kini.

Sebenarnya ramai penulis yang masih berkira-kira mahu terbit dengan publisher atau terbit sendiri. Kalau terbit sendiri, takut tidak terjual. Bila terbit dengan publisher pula, takut nanti tak dapat royalti dek ditipu publisher. Jadi, mereka berada dalam dilema.

Mahu terbit sendiri atau guna publisher, ada pro dan kontranya. Tidak semestinya terbit sendiri itu bagus dan tidak semestinya terbit dengan publisher itu tidak bagus. Masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.

Jom Ketahui tiga sebab kenapa anda perlu terbit sendiri buku anda.

Tonton video ini.

Posted on

Novel SHE – Antara realiti dan fantasi

Novel She, sebuah novel terbitan Buku SO yang berkisarkan mengenai dunia manusia dan bunian.

Diterbitkan pada 2015 yang lalu. Sudah lebih 2 tahun kini. Namun ia masih dicari oleh ramai orang. Mungkin anda adalah salah seorang daripada mereka?

Jika anda berminat dengan novel ini, boleh klik LINK ini.

Jom tonton video mengenai She bagi mengetahui lebih lanjut.

Posted on

‘Penulis-terbit-sendiri’ wajib hantar buku ke Pusat Serahan Terbitan Negara

Sebagai penulis-terbit-sendiri yang menerbitkan buku di Malaysia, kita terikat dengan peraturan daripada Pusat Serahan Terbitan Negara.

Setiap judul yang diterbitkan, wajib dihantar 5 naskhah ke Pusat Serahan Terbitan Negara.

Tetapi, hal ini hanya terikat kepada penerbit atau individu yang mendapatkan ISBN sahaja. Sekiranya anda seorang penulis yang menerbitkan sendiri buku dan mahu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib, anda wajib ikuti peraturan ini. Continue reading ‘Penulis-terbit-sendiri’ wajib hantar buku ke Pusat Serahan Terbitan Negara

Posted on

Malam Bercerita Hantu Popular Bookfair 2017

Pada 27 Ogos 2017 yang lalu, saya telah dijemput oleh pihak Popular ke Popular Bookfair di Sunway Pyramid.

Sebagai seorang penulis kisah seram, mereka menjemput saya (MESBO) bagi menjayakan sesi ‘Malam Bercerita Hantu’. Walau tajuk sesi itu agak menggerunkan, kerana ada perkataan ‘hantu’, saya buat seperti biasa sahaja. Bercerita perihal bidang penulisan, pengalaman saya sebagai penulis dan macam-macam lagi.

Boleh tonton video ni untuk ketahui lebih lanjut apa yang saya bicarakan.

Posted on

Tips Menentukan Saiz Buku

Bagi seseorang penulis yang menerbitkan sendiri bukunya, pemilihan saiz buku akan menjadi satu perkara yang sukar diputuskan.

Kerana itulah kita sering terlihat buku-buku terbitan sendiri yang mempunyai kepelbagaian saiz. Hal ini tidak salah sebenarnya. Kerana tidak ada satu pun saiz buku yang benar-benar standard.

Tetapi, wajar kita ikuti ‘saiz standard’yang dibuat oleh para penerbit lain supaya memudahkan banyak pihak seperti pekedai buku, staf bahagian penyusunan di kedai dan perpustakaan, para pembaca yang mahu menyusun di rak peribadi dan yang bermacam-macam lagi.

Jom kita tonton video ini sebagai maklumat tambahan.