Posted on

‘Penulis-terbit-sendiri’ wajib hantar buku ke Pusat Serahan Terbitan Negara

Sebagai penulis-terbit-sendiri yang menerbitkan buku di Malaysia, kita terikat dengan peraturan daripada Pusat Serahan Terbitan Negara.

Setiap judul yang diterbitkan, wajib dihantar 5 naskhah ke Pusat Serahan Terbitan Negara.

Tetapi, hal ini hanya terikat kepada penerbit atau individu yang mendapatkan ISBN sahaja. Sekiranya anda seorang penulis yang menerbitkan sendiri buku dan mahu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib, anda wajib ikuti peraturan ini. Continue reading ‘Penulis-terbit-sendiri’ wajib hantar buku ke Pusat Serahan Terbitan Negara

Posted on

Tips Menentukan Saiz Buku

Bagi seseorang penulis yang menerbitkan sendiri bukunya, pemilihan saiz buku akan menjadi satu perkara yang sukar diputuskan.

Kerana itulah kita sering terlihat buku-buku terbitan sendiri yang mempunyai kepelbagaian saiz. Hal ini tidak salah sebenarnya. Kerana tidak ada satu pun saiz buku yang benar-benar standard.

Tetapi, wajar kita ikuti ‘saiz standard’yang dibuat oleh para penerbit lain supaya memudahkan banyak pihak seperti pekedai buku, staf bahagian penyusunan di kedai dan perpustakaan, para pembaca yang mahu menyusun di rak peribadi dan yang bermacam-macam lagi.

Jom kita tonton video ini sebagai maklumat tambahan.